Tekanan Darah

Selasa, 26 Ogos 2014

 Saya copy/paste dari http://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-rawatib/

untuk kita amalkan ^__^

-----------------------------------------------------



Rawatib berasal daripada perkataan ‘raatibyang bermaksud berterusan. Oleh kerana itu Solat Sunat Rawatib dilakukan beriringan secara berterusan sebelum dan selepas solat fardhu lima waktu.
Solat Sunat Rawatib biasa juga disebut solat sunat Qabliyyah (sebelum) dan sunat Ba’diyyah (selepas). Ia merupakan pendamping atau pelengkap bagi solat wajib yang bertujuannya untuk mencari keredaan Allah di samping menampung sebarang kekurangan ketika melakukan solat fardhu.
.
Selepas azan Zuhur dianjur mengerjakan solat Qabliyyah dua rakaat. Apabila cukup waktu kerjakanlah dua rakaat lagi. Setelah selesai solat fardhu Zuhur, kerjakanlah solat Ba’diyyah dua rakaat pula, bila ada masa tambahkanlah dua rakaat lagi.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas Zuhur sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka” (H.R. Abu Daud & Tirmidzi)
Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda; “Semoga Allah merahmati orang yang solat sunat Zuhur empat rakaat.” (Hadis riwayat Ahmad dan At-Tirmizi r.a.)
Pada Solat Sunat Rawatib sebelum Asar (Qabliyyah) adalah dua hingga empat rakaat manakala selepas Asar tidak ada rawatib Ba’diyyah.  Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka” (H.R. At-Tabrani)
.
Selepas solat fardhu Maghrib kita boleh melakukan Solat Sunat Rawatib Ba’diyyah sebanyak dua rakaat dan solat Maghrib tidak ada Rawatib Qabliyah. Pada solat Isyak terdapat dua rakaat Solat Sunat Rawatib Qabliyyah dan dua rakaat Ba’diyyah. Adapun untuk solat Subuh, hanya ada dua rakaat sebelumnya (Qabliyyah), Solat Subuh tidak ada Solat Rawatib Ba’diyyah malah makruh solat selepas subuh.
.
Terdapat beberapa hadis yang menerangkan mengenai keutamaan Solat Sunat Rawatib. Jumlah yang mu’akkad (digalakkan) ialah 10 raka’at atau 12 raka’at, dalilnya:

عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ حَفِظْتُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ رَكَعَاتٍ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الصُّبْحِ

 Dari Ibnu Umar bahawa; “Rasulullah SAW tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu 2 rakaat sebelum Zuhur, 2 rakaat sesudahnya Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat seusai Isyak (juga di rumah) dan 2 rakaat sebelum solat Subuh.” (HR Bukhari-Muslim, Bukhari)
.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ ثَابَرَ عَلَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنْ السُّنَّةِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ

 Dari Aisyah r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan  solat (sunat) 12 rakaat, Allah SWT akan membina rumah baginya di syurga, iaitu; 4 rakaat sebelum solat Zuhur dan 2 rakaat selepas Zuhur, serta 2 rakaat sesudah Maghrib, 2 rakaat  selepas Isyak dan 2 rakaat lagi sebelum solat Subuh.” (Hadis riwayat Turmizi r.a.)
.
.

Solat sunat Rawatib yang mu’akkad

  1. Solat 2 raka’at sebelum solat fardhu Subuh.
  2. Solat 2 raka’at sebelum solat fardhu Zuhur atau Juma’at.
  3. Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Zuhur atau Juma’at.
  4. Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Maghrib.
  5. Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Isyak
.

Apabila ada kekuatan dan kelapangan lakukanlah 12 raka’at Solat sunat rawatib yang sudah tentunya lengkap dan sempurna. Jika kesibukan, cukuplah lakukan 10 raka’at sahaja.
.
.
CARA MENGERJAKAN SOLAT SUNAT RAWATIB
1. Cara mengerjakan Solat Sunat Rawatib ini sama seperti dengan cara mengerjakan solat Subuh, hanya niatnya yang berbeza. Solat Sunat Rawatib Zuhur, berniat mengerjakan solat sunat rawatib Qabliyyah atau Ba’diyyah dan dikerjakan dengan cara individu (Munfarid, tidak berjamaah).
.
2.  Niat Solat Rawatib:
a.  Solat Sunat Rawatib Qabliyyah (sebelum)
Daku menunaikan solat sunat sebelum (Zuhur / Asar / Isyak / Subuh) dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.
.
b.  Solat Sunat Rawatib Ba’diyyah (selepas).
Daku menunaikan solat sunat selepas (Zuhur / Maghrib / Isyak) dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.
.
3.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
Rakaat 1:  Surah al-Kafirun
Rakaat 2:  Al-Ikhlas
.
.

Peringatan:

  • Semasa melakukan takbiratul ihram solat sunat Rawatib, wajib diniatkan sama ada solat itu Qabliyyah atau pun Ba;diyyah.
  • Solat sunat sebelum fardhu Subuh dan sebelum fardhu Asar tidak perlu disebut atau diniatkan Qabliyyah.
  • Solat-solat sunat Rawatib ini tidak dituntut berjama’ah.
  • Solat-solat sunat Rawatib lebih utama dikerjakan di rumah.
  • Jika lebih 2 raka’at, lakukan tiap-tiap 2 raka’at satu salam.
.
.

Qada solat Rawatib

Nabi Muhammad SAW sangat mementingkan dan menjaga solat-solat sunat, terutama yang mu’akkad.  Rasulullah SAW bersabda; “Dua rakaat sunat Subuh, lebih aku sukai daripada seisi dunia.” (Hadis riwayat Muslim)
Masuknya waktu solat sunat qabliyyah adalah ketika masuknya waktu solat tersebut dan ianya berakhir setelah masuknya waktu solat selepasnya. Apabila Rasulullah SAW tidak dapat melakukan pada waktunya, Baginda SAW pasti akan mengqadakan solat tersebut pada waktu berikutnya.
.
Daripada Aisyah r.a.; “Bahawa jika Rasulullah SAW tertinggal solat empat rakaat sebelum Zuhur, maka Baginda SAW melakukannya selepas Zuhur.” (Hadis riwayat Turmizi r.a.)
Daripada Kitab ‘Mughni al-Muhtaj’; “Seandainya terluput akan solat sunat yang berwaktu, disunatkan mengqadakannya.”  Maka solat sunat yang berwaktu boleh diqadakan sama seperti solat fardu.
.
by; shafiqolbu

Jumaat, 15 Ogos 2014

 Anti suplement sehinggalah saya bersalin dan tercari-cari supplement untuk tambah susu (disamping doa yang tak putus kepada Allah untuk saya menyusukan anak saya sehingga 2 tahun). Dan akhirnya saya jadi macam nani. ^__^


---------------------------------------
 
 Anti supplement???
Itu lah diri saya suatu ketika dahulu.. 

Bila mana saya selalu tengok kwn saya setiap hari makan supplement..

Biasalah masa sambung master dulu bergaul dengan ramai kwn2 yg lebih berumur.. n masa dulu dalam kelas im the youngest yg sambung master dulu..
Tapi ade sorang kawan ni.. nampak mudaaaa je.. compare dengan umur dia..mmg org tak percaya..actually dia dh 40s almost nak masuk 50s..masa saya belajar dulu la..skang dh 50 la kot..lama dah tak jumpa kawan ni...

Tapi..Energy dia tak menunjukkan dia seorang yg reaching the age of 50s..
Mmgla nampak wrinkle tu tp.. still mmg kalau teka umur korang mesti salah teka punyelah.
Saya agak close dengan dia since we are in the same class.. selalu hari2 nampak dia makan supplement..
Masa tu saya xtahu pon kepentingan supplement ni..mmg anti giler. Sbb bg saya supplement tu adalah ubat.. bila ubat saya assume ade chemical n bila.ade chemical saya assume mmg boleh rosakkan ginjal. Kolot sungguh time tu!
Bila saya luahkan ape yg saya rasa pasal supplement kat dia.. sbb bg saya..kita dah makan kot..makan sayur..makan buah..tapi bila sy membebel2 tu dia hanya tersenyum je.. then lepas tu barulah dia bersuara.. dia tanya..
You makan sayur2an yg fresh ke yg goreng?
Saya cakap xde maknenyelah kalau yg xdigoreng kan?
You makan cukup x nutrisi yg dicadangkan utk setiap hari mengikut keperluan badan?
Saya jwb..for sure la tak kan..
Tapi makan la jugak drpd xmkn langsung.
Dia cakap..ape yg kita makan sbnrnya belum mencukupi apa yg badan kita perlukan setiap hari. Sebab tu badan kita cpt penat dan lemah. Asal balik keje mesti terbongkang..otak dah xboleh nk fikir dgn baik dah sebab badan dh lemah..otak pon lemah nak berfikir..
No wonder la dia mmg genius.. seriously babe..sumer benda dia tahu..bila masa dia membaca pon sy xtau..ingatan pon kuat..dh tua2 pon ingatan kuat lagi..kalah org muda.. n dia mmg seorg yg fokus..
Katenye bila badan sihat..otak akan lebih cergas..dan akan lebih fokus..
Sebab tu bila bagi anak3 makan mealshake diorg boleh fokus dalam kelas sbb badan dan otak diorg ready utk terima sebarang input.
Dan yg penting.. kwn saya ni pengguna shaklee tegaaaaarr dari zaman dia awal 30an lagi..n dia pon active sports tau even dah tua2 ni.. jangan tak percaya.. percayalah!
Sejak dr tu saya cuba shaklee.. mmg lain sgt b4 n after makan supplement.. kalau xmakan supplement mmg rasa ade bende xkena ngan badan..
Lagi satu katenye..org pompuan lagilah sgt2 wajib ambik supplement.. sbb bila dh kawin..dh ade anak.. nak bg anak tu sihat..mak kena makan makanan yg berzat tggi..bukan makanan yg dh tercemar dgn hasil goreng2 gorengan yg zat dia dh mati.. kalau xmakan supplement.. tggulah..masuk anak ke 3 ke 4.. gigi tu sebatang sebatang luruh.. nak tayang depan laki dengan gigi rongak?
Hahaha.. berani???? Skang tak rasa la.. nak gg rongak dulu ke..atau nk prevent gg dr rongak? Kajian dh byk dh org buat ni.. kalau xcaya jugak.. den xleh kata apa la..
Ok..dah pjg sgt dah ni..

Ini facebook beliau Nani. Thanks Nani for sharing cerita ini. Semoga bermanfaat untuk wanita2 di luar sana

 INA OSMAN 0127735633


Rabu, 13 Ogos 2014

3 Perkara yang ditinggalkan selepas mati untuk bekalan di akhirat.

~ Sedekah / Amal Jariah
~ Ilmu yang Bermanfaat
~ Anak yang Soleh/Solehah

Ingat mengingati ^ --^